SAJAK KETUHANAN - SURIA

(saje nk wat cerita)

“ Nak karang surat, kita kenalah buat ayat yang menarik." Suria menyapa dari belakangku.

Terkejut suda.

“ Kita tengah buat untuk seseorang lah. Cuba teka siapa? " Gayaku lagak misteri meminta Suria meneka kepada siapa surat ini akan dikirim.

“ . . . . ."

“ Awak taktahu kan ? Hehe, takdelah saya sengaja karang surat ni. Untuk diri saya. Untuk saya lihat nanti pada waktu saya rasa dunia tiada tempat untuk saya bersandar. By means, saya tulis untuk ingatkan kembali diri saya untuk berdiri semula. Saya baca awak dengar tau."

Panjang peneranganku kepada Suria. Bercahaya mata Suria mendengar kataku. Aku tersenyum melihat riak wajahnya.

Ikatan yang terputus ini bukan untuk disambung,
Ikatan yang terlerai ini bukan untuk dierat,
Untuk kau memaut sentiasa di setiap perlembahan waktu,
Mengharap teguhnya ikatan biar lama terbina,
Cukuplah engkau yang memegang tali.

Cinta yang di raih bukan untuk dipuja,
Cinta yang di lahir bukan untuk kau leka,
Untuk kau kekal berlagu di setiap muara kata,
Mengimpi wanginya cinta biar tempoh bertukar,
Cukuplah engkau yang memegang tali.

Oh . .
Pada engkau yang memegang tali,
Tidakkan gila andai cariknya ikatan ,
Masakan rawan andai sumbangnya cinta,
Kerana di setiap permukaan ikatan dan cinta,
Kau 'kan sentiasa ada yang lebih punya,
Dari semua.
DIA PENCIPTA.

Kalam sedikit :

Penyajak menzahirkan kepercayaannya melalui ikatan dan cinta sebagai tali. Biarpun betapa dia bersandar teguh akan kelangsungan setiap ikatan dan cinta, tetap akan pudar dan baginya, ia tidak akan kekal lama serta membawa pembaca untuk berfikir, ketiadaan dua perkara itu tidaklah menjadi perkara besar(biarpun kita rasa begitu) kerana sebenarnya manusia terlupa, kita sememangnya ada yang Maha Besar iaitu Allah. Saat diri kita di khianati, saat itu kita baru akan berpaling pada-Nya( ampuni dosaku)

Comments

Popular posts from this blog

Feeling . 2012 ~