Posts

Showing posts from May, 2015

Ranjau

Bila kita menyusun keping-keping impian ini, Serasa dibawa ke alam misteri, Terbayang bisa menggapai hujungnya dunia, Dengan kecil tangan yang menghayun, Bila kita menyusun keping-keping cita ini, Serasa mudah jalan yang terhampar, Bagai bebas tiada berduri di kaki, Menyaksikan indah fenomena di depan, Bila kita menyusun keping-keping hasrat ini, Ku tahu kadang pasrah menyerah saat kemuncak, Engkau melepas lelah di akhir puncak, Biar di tepi garisan akhir kita tinggal selangkah, Mungkinkah boleh kita mencantum kembali bingkai ranjau yang dilalui?

Kisah cintaku dengan Insya'

Tetiba rasa nak kongsi cerita ni, masa jawab periksa Sijil Tinggi Agama Malaysia(STAM), subjek insya'(karangan bhs arab) dan mutolaah(jwb berdasarkan petikan) Truth to be told is, aku memang lemah bila nak menulis karangan , lagi2 bahasa arab, hahaha, aku kalau nak mudah aku hafal contoh karangan. Aku telah applykan cara aku ni semasa jawab Sijil Menengah Agama masa Tingkatan 4 dan Sijil Pelajaran Malaysia masa Tingkatan 5(arghh stress tengok skemanyer aku tulis sume benda ni tnpa ber'short form'haha) So, aku ingat, cam mudahlah kalo aku applykan contoh karangan bahasa arab ke dalam subjek insya' ni, which is absolutely wrong! Hancur lebur habis barai aku punya insya'! ( ̄ε ̄*) Sebab kenapa? Yang aku hafal tu, contoh karangan yang memang siap2 kosongkan tajuk so kalau dapat apa2 tajuk masa periksa, kita leh isi kekosongan as to fit the content. Dan sebab dia nak bagi semua tajuk fit dengan isinya, mestilah dia kena buat umum dan menyentuh semua aspek dengan secara

May we meet again 5 Al- Khawarizmi

Image
Masa aku mula2 mengajar dulu darjah 5 pada bulan 1 dulu, diorang sangat bising. Dan menjadi aku yang tak pernah meninggikan suara untuk menarik perhatian mereka, terpaksa juga dibuatkan. Lalu setiap hari aku biasakan dengan keadaan suara yang serak. Masa awal2, over malas nak tulis pasal rancangan mengajar. Lepas mengajar kena tulis apa yang kita dah ajar, huuhhh time tu rasa cam aura kemalasan memang over menarik. Tapi aku gagahkan setiap hari tulis, buat cantik2, garis buat kotak2 bagai kan haha. Aku bangga la juga sebab ustazah yang da lama kat situ pun tak buat, dan ia juga melegakan sebab kehadiran ustaz yang baru ni dapat faham apa yang diorang da belajar melalui silibus yang telah aku tulis. Huuuhhh lega satu hal haha Lepastu aku dah memang agak tertekan sebab taktau nak tarik perhatian mereka supaya fokus dalam kelas(sebab diorang fokus awal2, lepastu melalut ke mana tah, lagi2 Addin kuat betul berangan, belum lagi Nadhif yang tetiba je masuk bawah kerusi berhasrat na