Posts

Showing posts from July, 2015

بعد الامتحان القبول ممکن؟

Image
Post2 akan dibuat monthly. Nanti saya upload gamba raya. Oh , sajak ritu menanggg Kemudian, hmm sibuk مراجعة untuk imtihan qabul. InsyaAllah hujung bulan akan di buat entri baru. Do pray for us. مع السلامة Update* : alhamdulillah dapat mutawassit awal. Kena ambil 3 bulan rasanya di markaz bahasa kemudian ke kuliah kita masuk huhu

Titipan Rabbi

Salam semua .. Huhu .. Aku dah buat sajak untuk pertandingan yang aku cakap aritu huhu. Aritu aku cakap nak masuk pantun kan? Haha well, pantun x siap lagi, so aku buat sajak dulu in the meantime. Doakan tau sajak ni menang insyaAllah .. Cuba hayati.. Dan bagi komen tau.. TITIPAN RABBI Mengapa dibiar berlalu titipan cinta Rabbi? Sedang tahu luas ampunanNya di bulan Ramadhan, Membuka pintu syurga terbelenggulah syaitan di neraka, Menebar seribu satu rezeki yang tiada disangka, Hayati kesukaran mereka yang sulit wang dan harta. Mengapa dibiar berlalu titipan cinta Rabbi? Sedang tahu berkatnya sahur di subuh pagi, Membekal tenaga biar setamar yang diambil diri, Menambah amal dan iman mengejar ukhrawi, Penerus kecemerlangan ibadah sepanjang hari. Mengapa dibiar berlalu titipan cinta Rabbi? Sedang tahu nikmat berbuka itu bersederhana, Menanam sifat hamba yang bersyukur pada tuhannya, Kenyang pada yang dimakan, habis pada yang dibeli, Natijah yang kamil hasilan dari permulaa

Daily Routine

Image
Salam huhu.. Kat sini yang jaga kebajikan kami ialah Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM- jangan sebut bekasem, tapi kena sebut bekesam-p/s:aku asik2 tsebut sebutan yang salah hukhuk dan senior asik betulkan) Setiap negeri ada badan kebajikannya. For example, Badan Kebajikan Anak Wilayah Mesir(BKAWM-ini sebut bekewam) dan negeri2 lain sampailah Sarawak pun ada huhu. Ada yang kat hayyu sabi’(tujuh) which is tak jauh dari asrama Selangor ni macam Kelantan and Negeri Sembilan. Kitorang kat hayuu 'asyir(sepuluh). Setiap badan membawa peranan yang penting selepas organisasi induk yang bertindak mengawal SEMUA pelajar Malaysia di Mesir diBEKUKAN iaitu Persatuan Melayu Republik Arab Mesir(PMRAM- sebut 'pemeram' ) Motip aku nak citer pasal bkasm? Sebab mereka selalu mengadakan pelbagai slot-slot tazkirah ataupun pertandingan yang menarik. Dan korang tengokkan poster yang aku attached tu? Hahaha well seperti biasa minat aku ialah pantun.. Maka aku akan serta pertandingan

Mesir

Image
Assalamualaikum. Lama sangaaaaat tak update blog. Sori la ye. Dari hari nak pergi ke Mesir, sampaila dah datang kat Mesir. Tak berkesempatan untuk mencoret luahan2 hati yang terbuku ni. Banyak je benda nak bagitahu dekat reedes(readers) .. Tapi tak terbuat pulak hahahaha *facepalm Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah dalam bulan Ramadhan telah memilih pihak Lepasan Mahasiswa Mesir di bawah PMRAM... Kot?(Persatuan Melayu Republik Arab Mesir) untuj menghantar sejumlah 112 pelajar ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran. Masa dekat KLIA, taklimat akhir diucapkan. Masa tu dah rasa sangat sebak, sebab nak tinggalkan family dan semua. Ibu ayah kak nisah kak mirah abang amir kuan datang. Kois n wafiy pun sama. Huhu . masa dia cakap' ok kita takde banyak masa , panggilan untuk egypt air dah dua kali dibuat.. Ambil masa dgn keluarga lima minit untuk ucapkan selamat tinggal. Aku pergi kat diorg(sebab masa tu duduk depan masa taklimat.. Dan masa nak pergi tu sesak pulop) Ayah jumpa aku da