Titipan Rabbi

Salam semua .. Huhu ..
Aku dah buat sajak untuk pertandingan yang aku cakap aritu huhu. Aritu aku cakap nak masuk pantun kan? Haha well, pantun x siap lagi, so aku buat sajak dulu in the meantime. Doakan tau sajak ni menang insyaAllah .. Cuba hayati.. Dan bagi komen tau..

TITIPAN RABBI

Mengapa dibiar berlalu titipan cinta Rabbi?
Sedang tahu luas ampunanNya di bulan Ramadhan,
Membuka pintu syurga terbelenggulah syaitan di neraka,
Menebar seribu satu rezeki yang tiada disangka,
Hayati kesukaran mereka yang sulit wang dan harta.

Mengapa dibiar berlalu titipan cinta Rabbi?
Sedang tahu berkatnya sahur di subuh pagi,
Membekal tenaga biar setamar yang diambil diri,
Menambah amal dan iman mengejar ukhrawi,
Penerus kecemerlangan ibadah sepanjang hari.

Mengapa dibiar berlalu titipan cinta Rabbi?
Sedang tahu nikmat berbuka itu bersederhana,
Menanam sifat hamba yang bersyukur pada tuhannya,
Kenyang pada yang dimakan, habis pada yang dibeli,
Natijah yang kamil hasilan dari permulaan yang murni.

Mengapa dibiar berlalu titipan cinta Rabbi?
Sedang tahu rehatnya kita dengan bertarawih,
Menggapai pahala berganda dibulan puasa,
Tujuh puluh kali beruntunglah mereka yang beriman,
Di tiga fasa yang menyahut tingkatan amalan.

Dengarlah titipan cinta Rabbi!
Sedang tahu besarnya fadilat Lailatul Qadr itu,
Harumkan diri di malam hari bertemu yang satu,
Moga beroleh darimu malam seribu bulan,
Bertuhankan Allah yang esa, bukan pada Ramadhan sahaja, menunduk patuh taat menjadi hamba.

Comments

Popular posts from this blog

Feeling . 2012 ~