TUAN

Hi semuanyaaaaaa
Assalamualaikum

Arini nak kongsi sajak yang baru saje aku buat, sebernanya aku direkemen oleh ustaz auzaie utk buat sajak ni. Tentang ppisahan pegawai atase neg. Selangor ustz farid zainal .. N sebenarnya lagi, majlisnye lom wat jd xleh tunjuk sajaknya, tp aku nak tunjuk juga! Since xde sape orgkan baca aku nyer blog ni haha..

Ape tu pegawai atase? Pegawai yg diletakkan kerajaan utk memantau aktiviti2 anak negeri.. Menasihat dan menguruskan dermasiswa dan zakat , yg bkaitan dgn kebajikan anak sesebuah negeri. Ust farid sgt baik woooo... So aku cuba selami dgn mengarang sajak khas buatnya. Hayatilah... Ecewah jet2 je!

*****************************

Menghargai sebuah perjalanan bersamamu tuan,
Derasnya waktu yang kita lewati,
Sedikitpun tidak melunaskan rindu ini,
Bergentayangan di minda,
Setiap nasihat yang dituturkan
Benar bermakna tiap panduan,
Sentiasa mewarnai kisah liku kehidupan,
Pemuda-pemudi masa hadapan,
Dalam mengecapi nikmat harmoni kebersamaan.

Menuntuni anak negeri ini,
Mungkin tugasmu tuan agak terbeban,
Tetapkan teguh membantu generasi harapan,
Tiap soalan demi persoalan,
Di sambut dengan senyuman dan jawapan,
Agar tiada siapa ketinggalan,
Kebajikan kami cukup di utamakan,
Sungguh . . .

Menghargai sebuah perjalanan bersamamu tuan,
Tempoh tiga tahun yang kita lewati bersama,
Bukanlah suatu masa yang singkat,
Pelbagai rencana kita bawakan,
Demi membawa kecemerlangan
Telusuri sejarah persatuan disini,
Tidaklah mudah melihat ke belakang dahulu,
Ujian datang bertingkah selalu,
Menggugat amannya kita di teratak yang satu,
Hasilnya,
Kita juga percaya akan kerjasama yang jitu,
Lantaran dari cerita yang dulu,
Menjadi sempadan untuk kita bersatu,
Menjernihkan suasana lama dan baru,
Sungguh . . .



Menghargai sebuah perjalanan bersamamu tuan,
Turut bersama keluarga yang menceriakan,
Sanggup meninggalkan tanah air tercinta,
Dalam menunaikan kewajipan yang diletakkan,
Membantu membina modal insan yang beriman,

Adapun,
Acara demi acara kita langsungkan,
Pelbagai saluran telah disumbangkan,
Majlis dan sambutan tuan rasmikan,
Menyempurnakan setiap ucapan,
Perpisahan ini telah pun dijanjikan.

Oleh itu tuan,
Menyoroti kenangan-kenangan bersama kami di bumi ketandusan,
Inginlah kami zahirkan ucapan penghargaan,
Atas segala apa yang tuan mudahkan,
Hanya Allah yang mampu tunaikan,
Jauh dan dekat kami percaya tuan,
Sentiasa berada di dalam kisah,
Kisah-kisah kami dalam pencarian,
Ilmu dan kehidupan.

Comments

Popular posts from this blog

Feeling . 2012 ~