For REAL

Salam semua.

FOR REAL, ni post yang aku akan publish.
Tau tak kenapa, aku sangat kucingwa sebab aku telah tulis beribu2 patah perkataan SEMALAM untuk di publish malangnya bila zabir kacau aku(ahli bilik), maka aku tinggalkan enset kejap untuk bergusti dengannya. So my phone turned off and then when I was about to continue my writing, all the very long words that I have typed, HILANG!

Boleh tak ekau bayangkan perasaannya?? Aduhai, aku terus hilang mood maka aku telah mengurung diri di dalam bilik mengenang masa silam dengan memandang sepi tingkap bilik aku, merenung ke luar. . .

Ecewah.

Tapi memang sedih tau. Terus aku tidur mengenangkan kejadian yang berlaku dalam beberapa saat, hasil tulisan yang ditaip selama setengah jam, poof! Hilang gitu aje. Aku mungkin dapat memahami fefeeling penulis yang taip beribu-riban tup2 komputer atau laptop dia rosak atau tak save, padahal ko taip tu kemain mencurah bergelodak perasaan ko nak bercerita dekat readers.

Well, aku pun terima ajelah since memang dah takleh nak wat ape dan memang malas sangattt nak tulis balik.

Maka aku konklusikan hari ini lah ye, aku bangun lambat sikit, mungkin sebab stress, dalam kul 6 dan terus menerjah bilik air berstatus beku tu utk ambil wudhu. Abis solat, aku beli roti butterscotch yang aqil buat(ahli bilik aku, dia jual roti butterscotch dekat tingkat bawah)

Then, aku ke markaz tapi ikut jalan lain daripada biasa, selalu pergi ikut jalan dekat bawabat(yang aku citer selalu makan bun manis tu) tpi arini ikut jalan gamek. Mungkin sebab bas kat situ takde ramai sangat org walopon hakikatnye dia jalan juga jalan yg aku biasa jalan tu. Haha

Abis kelas, aku balik then, bersiap utk masak, since harini aku nyer giliran. Setakat ni aku pandai masak sup ayam dan ayam masak merah je, so aku just cdg wat ayam masak merah je la. Maka lepas dah beli wirok(bhg isi ayam, yg ada peha tu, mahal kott, sambil2 tu beli syaksyukah[sambal tomato] utk bg perasa tambahn pada sambal yg akan aku buat), aku pun bersiap utk nak memasak, lebih kurg dalam pukul 2:00 petang.

Tetiba aku dgr ade org tgh panggil aku . . . “ anas . . ! Anas!" Masa aku tgh potong bawang kat dapur rumah aku 302.

Tapi aku wat tak endah aje. Sebab aku selalu bpikiran “ sape plak nak panggil aku ni, aku ni mane ade pape popular sgt" Sebab dia sayup2 kedengaran dari tingkat bawah. Cam ko duk dalam bilik tetiba kawan panggil dari luar rumah nama ko.

Lepastu da abis potong , ust zahir(musyrif rumah, kira cam ketua rumah kitorg) masuk dapur,

“ Anas tak dengar ke ana panggil tadi?"
“ eh, ustz pggil ke td, lah igtkn sape la, anas cam wat tak kisah je td, sorila"
“ ni ade lauk lebih , anas masak ayam goreng ngan nasi je sebab da ade kuah nasi ayam ni"
“oh ok ustz"

So aku pun agak gembira juga tapi still kena buang lemak ayam n asing kulit ayam tu. Aku takleh kalo nak masak ade benda alah tu. Harus dibuang.

Nak dijadikan citer, memang lame la citernye aku di dapur, sampai maghrib ko, lepastu terkocoh2 nak masak nasi plak, lepastu tgok ustz zahir ttidur, eh ustaz zahir da solat maghrib ke blom ni.. Maka aku pon kejutkan ust. . .

Nasib baik syihab,aqil n zabir(ahli bilik) kelas markaz waktu petang, so diorg akan balik lmbt, lmbat dari aku abis masak makanan. So okla kan. Takdelah rushing sgt. Aku agak bengang juga baju aku terkena kunyit tadi. Kelam kelibut basuh baju time tu gak adoyai .

Then abis makan, solat isya', wat keje skola arini then abisss, duk di atas katil syakir menghupdate blog ini. Bacaan surah al mulk tak dilupakan kok supaya dijauhkan dari azab kubur insyaAllah amin. Itu ajee.

Gambar tu saje je letak, masa perkahwinan abg muaz, setahun yg lalu.. tgkp gambar ngan kaknisah

Comments

Popular posts from this blog

Feeling . 2012 ~