MAT ke-40

Mulakan dengan menceritakan rutin harian aku yang telah lama aku tinggalkan. Dan bersempena dengan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-40 Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir(BKASM) pada hari ini, for sure akan menjadi panjang lebar from my usual post.

Subuh aku telah dikejutkan oleh abang paan(senior samsmel dulu same dorm) dan pada masa tu aku masih dikuasai nafsu untuk tidur maka aku berpura2 bangun dan menunggu abg paan keluar dari bilik, tapi abg paan dapat menghidu taktik aku.

“ Eh, anas jangan tidur lagi" Seru abang paan bila tengok aku dah siap2 nak lentok balik kat bantal.

Maka aku paksa diri untuk terus bergegas turun dari katil dan mencapai tuala dan mandi. Alhamdulillah segar dalam terketar2. Sejuk benor pagi tadi. Rasa cam dah masuk musim sejuk tapi still dalam fasa awal. Tak terasa sangat sebab tengahari dia still panas lagi. So kot2 la nak pakai sweater pagi2 masa pergi kelas tapi nanti berpeluh plak masa nak balik plak. Dahlah berhimpit nanti kat bas kan.

Aku teringat dekat ustaz hidayat. Sebab beliau kata malam semalam nak bagi teks pengerusi majlis dekat aku. Aku jadi pengerusi majlis untuk perasmian masa pagi. So cuak juga takut tak de preparation yang rapi.

Aku kelas pagi. Tapi dah jadi mc, makanya terpaksa tak pergi untuk harini. Aku sterika baju kemeja, then seluar slack. Tapi bila rasa baju macam tak match maka cari baju lain untuk nampak cantik. Masa tu pula sakit perut, masa tu pula semua ajk dah bersiap2 untuk majlis perasmian, masa tu pula aku nak makan, maka memang agak serabut. Bagi aku la.

Bila dah ready, maka aku meneruskan acara majlis dan sebaik sahaja abis, aku terus tukar baju sebab tengok masa kelas aku ada lagi so why not aku pergi markaz kan. Lagipun, masa tu tengah waktu rehat. Pergi dengan rakan kelas lain juga sebab ada yang tak pergi masa pagi tu kan. Kitorang naik tremco(van,laju gile menyelit2 di jalan raya, semput aku tengok skill diorg yg membahayakan tu) instead of bus yang selalu kitorg naik. Tapi agak mahal 2 geneh berbanding bas segeneh. 2 geneh lebih kurang 1 ringgit. Dah lah turun bukan betul2 depan jamaah(markaz), terpaksa berjalan kaki jauh.

Kelas seperti biasa pada masa kedua dengan ustaz abdullah yang garang. Harini ustaz ajar al-ighra' dan at-tahzir. Ighra' bermaksud galakan dan Tahzir bermaksud larangan atau perhatian(correct me if i'm wrong). Dalam bahasa arab dia ada ayat yang mereka hazaf(buang) dan terus cakap ayat yang terus hendak ditujukan.

Contoh :
1) Anas melihat depan Ali ada singa. Anas cakap ‘ singa singa!' Sepatutnya dia cakap ‘hati2 ada singa!' Maka untuk i'rab ayat tu berlainan( dalam arab ada kaedah untuk tau baris di hujung kalimah, nama kaedah tu i'rab)

2) Al-amanatal-amanah
Ayat ni menyuruh melazimi perbuatan amanah. Dengan mengulang ayat tu. Ayat sebenar ‘ ilzam al-amanata'

Ok then balik ke imarah. Dan aku mengundi. Untuk calon pimpinan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir 2015/2016. Dapatlah merasa pengalaman mengundi. Nanti balik Malaysia dapatlah tau cara mengundi masa PRU uhuhu.

N then makan makanan yang dah di beri oleh ajk sebab harini makanan semua ada di masak oleh ajk. Dengar sekejap mesyuarat agung tahunan dan ulasan oleh ajkt tapi agak mengantuk then tidur. Bangun maghrib so kepala agak bengong. Mandi dan kemudian bersiap solat maghrib dan tengok usul pembawaan mesyuarat. Dengar gempak woo. Rasa cam tengah tengok dekat parlimen.

Paling sayu masa last sekali,  ustaz daud, pengarah SPR BKASM membubarkan pimpinan 14/15. Huuuuu, tapi gembira sebab abe bad dapat jadi lagi AJKT! Hehe. Ape2pun segala muhasabah dan kritikan tu ada yang membina dan memberi kita buah fikiran utk memantapkan pimpinan lagi persatuan anak Selangor di Mesir ini.

Comments

Popular posts from this blog

Feeling . 2012 ~