Menjejak sejarah

Salam semua.. Huhu.. Da janji kan nak update pasal jaulah ke sekitar kaherah ritu kan. Sori kalo2 tengok gaya penceritaan cam cepat, sebab penat berjalan tak abis lagi.

Tengok kawan2 yang balik pun ada yang masih penat dan lewat datang ke markaz harini XD. Tapi mujahadah tetap diteruskan kok.

To begin with, kami mendaftar di imarah(asrama) selangor pada pukul 6.30 pagi .. Dan mendengar taklimat dan perasmian jaulah oleh YDP BKASM iaitu Ust. Anas Muhd Bhukhari( nama samalah haha) ..

Kemudian kami di fahamkan bahawa keadaan suhu dan suasana pada hari itu akan panas, sepertimana juga yang telah diceritakan oleh ust anas sendiri, beliau sakit selama 10 hari pun selepas melawat piramid XD .. Memang kena berhati2 la kan jawabnyer. Lagipun memang setiap dari kami perlu beli air botol. Tkut kehausan dan kekeringan hehe. Tremco dan coaster disediakan. Macam van.

Bila sampai shj di piramid( belum masuk dan dapat tiket lgi, tp da nmpk da piramid nyer) semua da mula aktiviti selfie dan tangkap gambar. Bila dah masuk just jalan smpai piramid dan mendengar pengisian tntg piramid oleh ustaz hadi dan ustaz meor(senior-abg lama kiranya di mesir ni) . Kami  tak masuk dalam tapi ada juga yang da naik sampai atas kat piramid tu(seperti syarif, kot?) The cuaca memang panas biarpun waktu tu lebih kurang 9.00 pagi gituh.

Kemudian naik balik tremco jalan ke depan sikit untuk pergi bergambar di mana backgroundnya ada 3 piramid di belakang. Kemudian meneruskan perjalanan lagi ke piramid yang popular jugak, yang ada muka singa tu, Sphinx. Then habis citer di piramid. Haha. Kami memang diingatkan juga oleh abang2 senior kalo ada org arab panggil2 suruh beli atau naik kuda ke unta ke jangan ikut.. Sebab kita taktau dia cas dan berapa mahal plak dia cas kan. Topi diorg jual(memang agak diperlukan sebab panas kan, nak tengok atas kena kecikkan mata, tu pun xleh beli, boleh je beli tapi mahal which is agak x berbaloi)

Seterusnya ke masjid imam syafie. Alang2 dah nak masuk zohor masa pukul 12 tu maka kami sekalikan dengan makan trngahari dan aktiviti melawat maqam imam syafie. Rasa agak terharu dapat melawat maqam salah satu pengasas mazhab-mazhab. Imam syafie yang kuat hafalannya(tulis nota kat tgn guna air liur kan tp still boleh igt bila cikgunye tnya.. Kalo x silap) Kat situ ada juga tiang imam syafie. Tiang dari masjid lain.. Tapi dibawa ke masjid situ . tiang tempat bersandar imam syafie kalau ada pengajian2 suatu masa dulu. Dari masjid Amru al as dibawa ke sana. Kat situ juga ada tempat tapak kaki nabi muhammad.(dikhabarkan) tapi agak dah x nampak bekas tapak kakinya tu.

Seterusnya, qal'ah salahuddin al ayubi atau kubu salahuddin. Salahuddin, seperti mana masyhur namanya disebut, merupakan pembuka kota palestin dan insan yang menyatukan umat islam yang berpecah pada ketika itu dan mengalahkan tentera salib. Dekat kubu tu, memang nampak cam kubu la( da nama pon kubu) . Tinggi, lepastu dalam kubu tu ada banyak muzium, muzim tentera, polis, dan senjata2 pada zaman dulu. Meriam, kereta kebal dan so on. Kami masuk ke dlam masjid ali pasha( yakni menteri pd zaman salahuddin dan org yg mcetuskan idea utk membuat kubu tu). Dalamnya ada chandelier yang seberat 2 tan! Di luar masjid kat tepi tu, boleh nampak pemandangan sekitar kaherah, best walaupun still panas menggigit diri lagi.

Kemudian, sungai nil! Mesir takkan dikenali kalau takde Sg Nil tau. Nadi utama mereka. Hatta tamadun zaman dahulu pun terbentuk dari lembah2 sg nil inilah. Sg Nil hanya satu2nya sungai yang disebit dalam Al Quran dan dalm hadis dikatakan sungai nil antara 4 sungai di syurga(2 ada di bumi, 2 syurga). Macam2 yang diterangkan oleh ustaz hadi ketika kami naik kapal di sungai nil. Best la. Tapi banyak juga tangkap gambarnya haha. Then dah penat, kami pun balik

Sebenarnya ada satu lagi tempat yg kami perlu pergi tapi disebabkan kesuntukan masa, terus ke sg nil dan pulang ke imarah hehe.

Ok setel dahhh Alhamdulillah. Here's the pictures. Sorila gambarnye memang anas aje, da namapon owner blog ni kan haha XD

P/s: Untuk paparan menarik sila tekan gambar tu, sebab anas update gune enset je, so utk setting gambar ke medium size susah sikit..ceh pdhl boleh aje.

Comments

Popular posts from this blog

Feeling . 2012 ~