Huhu penat

Semalam Jumaat, baru balik rumah dan masa hari tu kawan2 stam ada wat plan nak gi tengok Selawat perdana malam tu dan esoknya mendaki Bukit Broga. I was against it at first, sebab nampak x secure, tempat tidur takde, lepastu makanan, satu bab lagi aku ni yang suka bawa barang banyak bila gi keluar. so kalau perancangan last minute memang not my fancy la. tapi, masa petang jumaat tu hasan call(time tu da sampai umah dah, waleed pun ada kat umah, dia nk tumpang sampai ahad) , hasan kata dia suh ustad amik kitorg kat umah gi selawat perdana ngan gi bukit broga, aku pun dengan berat hatinya mengatakanlah "ahh, ok nanti suh ustad tunggu, kitorg siap" lepastu bagitau ibu and ibu pun bgi, tp sebenarnya tk gitau detailnye lagi, kalau ibu tauuu , hushhh habih le aku.

Nak tak nak aku kena bgitau gak ibu. Ibu tanya "tidur mana" . aku ckpla ini perancangan last minute maybe tidur kt keta 'kot'but disebabkan dak2 stam pun dah kumpul, sayangla x pergi, kenangan akhir tahun kan. huhu ... jadinya ibu pun bgi kata2 nasihat nya dan larangan seperti jgn tidur lmbt, jgn itu jgn ini, dptlah pergi. huhu bila ustad ngan micu sampai umah, ibu bg diorg makan dulu, lepastu kitorg makan lepastu solat dekat surau al ikhwan kt desa pinggiran putra seterusnya pergi ke masjid besi solat isya'. masa kitorg dtg masjid besi dgr suara org ceramah, bila aku dengar aku dapat tau sapa yg ceramah. Ustaz Zahazan! suaranya maintain gitu je but penuh ilmu. bestt dengar. bila da abis solat, kitorg salam ustaz, lepastu ustaz tanya dari mana.(ustaz tanya hasan dulu,dan kebetulan ada gak kawan2 hasan dari dq, jadi diorg pun ckp dq, bila ustaz tanya aku lak) aku cakap stam bandar baru salak tinggi."ohh bakal ke azhar la ni ye" yg pasti rasa puas dpt rakam masa kitorg salam. huhu it's a moment to remember.

Selawat perdana depan palace of justice. jumpa ikmal,adib,jumpa gak akak pantun kuisas, tapi takkan nak tegur, diorg pakai purdah, dan ia akan nampak pelik lelaki tegur perempuan. kan? iman itu penting.
seterusnya kitorg makan dekat alnaz maju kemudian decide nak tidur . ghupenya tidur kat umah irfan rani. rumah dia kat desa pinggiran putra and to be precise, he's actually my neighbour. dia jalan 3/8, aku jalan 3/10. huhu so mudahlah aku nk ulang alik kan but masa kul 3 pagi kena gerak beroga dah sebab nak daki awal2 kemudian tengok pemandangan dari atas masa subuh2. huhuhuhu kitorg sampai kat umah ipan kul 12 dan ada bape jam je lagi nak tidur, belum tambah lagi dengan borak nye, main game nya. lalu aku tidur kul 1 suku.

bangun2 kul 3.30 dan tukar baju sukan dan basuh muka sikit, siap brg, dan pergi. kitorg pergi 3 kereta. kereta ustaz, ada micu, aku dan waleed . kereta irfan,ada abe hasan ngan jiloi dan kalo kete nasrulloh, lupe(sebenarnya aku lupe sape yg duk keta ipan ngan nasrulloh tu, nama tu bukannya betul pun hahaha)
jadinya sampai lebih kurang kul 5lebih dan kitorg da plan nak naik atas, tetiba ada 4 orang nk tkucil tmasuk aku. makanya diorg tunggu dan kitorg pergi la tandas bhampiran yang bercas 1 ringgit T___T mahal kan? kaya org tu. dah habis gi tandas, solat tepi kereta, dan baru bgerak mendaki. keadaan tanah dia sangat berbentuk2 tangga but berketul2 membuaatkan ianya susah untuk kita mendaki. dan sangat penat yeeee. aku yg jarang gile berpeluh ni kalau boleh dah nak minum2 dah peluh kat dahi. tak pernah lencun cenggitu. masa nk sampai atas, micu nak pitam. sian dia, aku teringat masa aku sapa dia masa pertengahan mendaki, dia banjir gila kott. macam orang mandi dah. tapi mandi peluh lah heheh. bila dah sampai atas ,pikir bolehlah rehat2 tapi suasananya sangat packed. dann boleh kata semuanya berselfie. kami pun selfie juga. tapi senanyer yg kitorg sampai tu bukan puncaknye sgt tpi ia dah cukup untuk menunjukkan pemandangan yg sangat indah. serius tak tipu. but satu perkara aku tak suke ialah, tujuan kita ke atas mendaki bukit broga adalah untuk menghirup udara segar sambil menyaksikan pemandangan yg memukau. namun apakan daya di sajikan asap rokok manusia yg tidak aware dgn keadaan sekeliling.terus hilang harapan nak wat gaya iklan bebajet tarik nafas,lepas tarik,lepas. cehhh. lepas beberapa puluh minit disitu kami pun turun, turun tu sgt bahaya sebab bila kita naik dia bketul2, lagi kita kena main break la oleh kerana graviti bumi yg menujah kita ke bawah. dah sampai kereta kat bawah, kitorg takleh kuar, ada kete depan belakang. kalo nak keluar , either suruh abg cina tu tolak atau tunggulah empunya kete tu sampai. dalam masa yg sama, kami pun menjamah roti garndenia dgn ham coklat. at least alas perut kan? maka selepas beberapa puluh minit tercongok di kereta, maka datanglah empunya kete itu. maka kami dengan happy tanya "abg nye kete ke? nak gi dah ke? cantik r bang" haha abg tu pulak ckp "korang tunggu kitorg ke, sorilah ye" . time tu tak kisah sangat sebab yg penting leh kuar. huhu

Destinasi kami seterusnya mestilah tempat untuk membersihkan diri selepas sekelian penatnya mendaki. maka kami pergi ke Sg. Tekala di Hulu Langat. Tambahan pula, kitorg akan terus hantar micu ke rumahnya, maka sama arah dan alang2 tu mandilah kat tempat best kan? hehehe, sampai lebih kurang kul 8 30 dan kitorg byr seringgit utk masuk. dan pilih yang paling dalam sekali. yang paling dekat sekali ngan air terjun. best sangatt, tapi sayangnya di pertengahan mandi, syak telah cram kakinya sehingga menjerit bagaikan hantu, aku kesian kat dia, sekali time aku duduk atas batu kaki aku pulak yang cram . sudahhh. dan another thing diorg sume takut tengok bibir aku warna biru. pucat. aku pulak lupa yang aku ni bila mandi sungai aku takleh lama2 sebab kalo tak aku akan menggigil tahap ekstra. aku naik atas micu, dia tolong bawa aku gi tempat kitorg rehat dan aku time tu takde selera nak makan . mak ipan dah sediakan nasi lemak sebelum kitorg bertolak, so kitorg makan time kat sg tekala tu. shockingly, kitorg ingat kitorg je org yg dari beroga ke sg tekala, rupa2nya ramai gak menjadikan sg tekala ni destinasi kedua selepas penat mendaki broga. hmmm yeahh

Best sangat time mandi tu, kitorg main tahan nafas, lepastu sume tarik2 bagi org tenggelam, micu suka tarik org yg tak mandi lagi suh turun bawah, aku nak tergelak je. tapi best la. rasa cam tak sia2 betul pergi sebab we had so much fun. it's a moment to remember. really.

Dah abis mandi tukar baju then sume berpecah. sebelum tu sume tangkap gambar ramai2. kete ustad, antar micu dan aku&waleed. kete nasrulloh hantr sape th lupe, sama juga kete ipan. aku baca buku the hunger games kat kete then kitorg sampai rumah kul 12 30.

the end. tq for reading~ma'assalamah

























Comments

syeedami said…
Untunglah anas dapat bercutii . haha XD
Anas Fikri said…
haha alhamdulillah. ada can ko plak lepas ni bcuti. insyaAllah hehe

Popular posts from this blog

Feeling . 2012 ~