Jumaat

Salam semua, sihat? rasa bersalah betul melambat2kan entri atau perkembangan diri dekat blog ni. Yelah, benda kepunyaan kita tapi tak manfaatkan. sayang betul. Jadi, saya nak cerita kepada semua tentang perkembangan baru2 ni. Hari selasa lepas 21 okt, kami pelajar ting 6 telah selamat menduduki peperiksaan besar iaitu sijil tinggi agama men malaysia atau as-syahadah al-'aliah ad-diniah maliziah.

Sepanjang peperiksaan, boleh kata bertarung jugakle dengan buku2 dan subjek2 yang berat. hari pertama periksa hadis mustolah dan fiqh wal miros. I'd say, sape yang betul2 hafaz dan khatam bab2 munakahat or bab hudud memang boleh jawablah fiqh tu... tapi saya tak dapat jawab soalan talak yang "ma yamliku al-hur wal-'abd mina talak?(talak apa yang dimiliki untuk lelaki yg merdeka dan hamba?)"soalan senang kott tapi time tu keliru betul soalan tu. padahal memang tau siap2 jawapan tu. T_______T tapi tak nak menyseal sebab apa2pun dah buat yang terbaik kan, huhu, utk subjek yg tafsir ulum dengan adab nusus saya tak tidur kot... punyalah menghafal... alhamdulillah masuk apa yg dhafaz, lancar den tulis . yang lainn hmmmm ok kot? insyaAllah, kalau boleh saya harap mumtaz, tapi dalam masa yang sama minta juga kat Allah untuk beri yang terbaik buat kita.

Saya kat sini pun nak melahirkan satu perasaan juga, dimana sebab kenapa saya jarang menulis entri. Hal ini demikian kerana saya mempunyai masalah rendah diri. saya aka fikir apa yang orang cakap bila saya post sesuatu entri. kadang2 dah buat dah entri panjang sangat, last2 delete balik bila dah post. hmmmm ok dah habis dah nak cerita. but just wondering, what will I do after stam heh ? nak kerjalahhhh

Comments

Popular posts from this blog

Feeling . 2012 ~