Seni

Dikirai jangan seni sakti

Kerana

Mengalirnya tenang di lembah masa

Mencari nada di sukma bisu

Mengulit rasa di biduk jiwa

Resaplah cinta mekar asmara

Budaya mapan lahir darinya

Ceruk puri bertaut kiambang

Mengelus lembut sendalu merdu

Bias lestari hingga ukhrawi.



Comments

Fajar Islam said…
Mencari nada bedar sukma bisu.. Huhu

Popular posts from this blog

Feeling . 2012 ~