Sad + Happy = Sappy

Halo haloha salam semua readers !

Baru sahaja balik dari asrama tercinta sambbst. Huhu, balik awal sikit sebab dah begitu merindui rumahku syurgaku. Gatal bebenor tangan ni nak pegang keyboard nak taip2 apa yang berkenan di hati. Al maklumlah, orang yang baru habis pekse memang acenggini perangainyaa haha..

It was about yesterday, the visit to samsmel after a long time since amik result SPM. Lepas tu tak nyempat2 nak datang, sebab sekolah kan T____T cece sibuklah sangat aku ni, alasan je lebih. Hari isnin aritu shak bagitahu ada makan2 dekat samsmel untuk batch'96. Hari khamis majlisnya. Takdelah formal sangat. Just datang2 untuk meraikan alumni 96 dulu2. Sir Din rindu katanya hohoh. So aku kemain excited nak datang walaupun duk asrama. Nak bagitahu warden lagi satu hal, so aku pun suruh le aiman hantar guna motornya hari khamis tu. Sampai kat sini kul 2 setengah camtu pastu cari geng, jumpa zulkarnain n udin n amzar n yaasiin n naqi n irfan shah. Borak sakan, kesian pulak kat ustad, dia ikut aku tapi blah sebab aku cam tak layan dia, sori tau ustad. Aku bukan lupa kawan. Tapi aku tau kau tak biasa duduk ngan dak2 bawah yang rapat ngan aku tu. huhu, jumpa cikgu2, sir kamal ohsem n cikgu lain2. Gi tengok amzar berlatih debat negeri. Dia suruh ajar but aku time tu tengah serabut nak pikir camne nak mandi kat asrama. Malu kot. Rasa cam bukan tempat sendiri. walopon hakikatnya aku teramat biasa dengan samsmel. 5 tahun duduk samsmel ofkos la da biasa kan . But... aku baru perasan seperasan mungkin . . .

Sekolah yang aku belajar dulu, tempat yang aku akan rindu selepas rumah, tempat yang aku selalu nanti2kan kalo nak balik asrama jumpa qois n geng, tempat yang aku selalu menyanyi sekuat2kuatnya dekat dorm f. tempat yang selalu tidur jemaah dengan qois kat dorm e, tempat yang aku tau mana tempat yang syok untuk melayan tika kesedihan, tempat yang aku tau mana port lepak best ngan kawan2, tempat yang aku selalu prep kat tempat dilarang prep, tempat yang aku mandi-solat-belajar-pmr-sma-spm, adalah KECIL. Kecil sangat di mata aku apabila aku duduk di asrama sambbst.

Semalam masa masuk dorm b samsmel , aku bersiap2.(aku tumpang skejep kat samsmel ari khamis tu, sbb majlis makan2 start kul 6 30, aku dtg awal kot, haruslah mandi untuk bersihkan diri ) aku nak gi iron jubah , kat bilik dobi. Sekali ramai pulak yang nak meng iron jubah kat situ. Aku melangkah aje kat bilik dobi aku perasan cam perasaan pelik. Asal kecik semacam ni ? Dulu masa aku kat samsmel camni ke bilik dobinye, asal aku baru perasan ni ?? so sesak ,  hingar bingar, sempit , dgn budak2 nak lalu lalang nak ambik baldi lah, lepastu depan bilik dobi ada kolah, kolah pun aku baru perasan , kecik la pulok, asal sume kecik ni , heyyyy .. aku da start rasa cam tak percaya.

Lepas berjaya meng iron jubah di dalam kesesakan, aku pun pinjam baldi udin untuk mandi kat tandas atas. Untuk pengetahuan readers, tandas atas asrama lelaki samsmel bahagian yg pertama telah menjadi port anas fikri untuk sekian lamanya secara tidak rasmi dulu. Aku paling suke tandas pertama tu sebab paling bersih. Haha, zulkarnain pulak dulu selalu pinjam aku nye baldi so kitorg memang menguasai tandas tu fully. Asal aku masuk, budak lain akan tahu selepas itu adalah zulkarnain, haha sebab diorg tak boleh nak masuk sebab aku da isi air da kat baldi n aku tinggalkan dekat tandas tu. Bangun subuh lambat ataupun cepat tak perlu risau sebab sentiasa ada tandas yang orang selalu bagi laluan untuk aku-[tandas kat samsmel selalu sesak ye pagi2] Berbalik kepada citer asal, aku masuk tandas samsmel pun aku pelik bin peluk, sebab aku baru perasan pintu dia nak sama tinggi dengan aku[sebab kat asrama bbst pintu tandas dia tinggi le jugok] aku watlek watpeace n mandi lepastu siap2 terus ke surau, pastu gostan balik , pegi dewan makan. makan la untuk majlis tu. biasa2 je, just nak wat reunion je, utk makan2 tu, makan makanan acik dm aje, tak tempah mana2 katering , just kecil2an.

Sejurus lepas tu, aku ke surau untuk menunaikan solat maghrib, aku perasan pulak surau samsmel kecik. Surau sambbst siling dia tidak tercecah dikau nak menyentuhnya. lampu pulak lampu yang buka slowmotion bagi orang takyah nak kelip mata sebab tak biasa bila buka lampu selepas gelap. Akhirnya aku rasa SAD. but in meantime satu perasaan lagi menjengah di lubuk hatiku yang berbentuk A.N.A.S ini iaitu . . . HAPPY

Aku gembira, aku happy. Sebab kenapa ? Sebab, sepanjang aku duduk di tempat yang aku kata kecil ini, surau kecil,bilikdobi kecil,tandas kecil , sepanjang aku duduk 5 tahun di tempat yang aku rindu selepas rumah, tempat yang aku selalu nanti2kan kalo nak balik asrama jumpa qois n geng, tempat yang aku selalu menyanyi sekuat2kuatnya dekat dorm f. tempat yang selalu tidur jemaah dengan qois kat dorm e, tempat yang aku tau mana tempat yang syok untuk melayan tika kesedihan, tempat yang aku tau mana port lepak best ngan kawan2, tempat yang aku selalu prep kat tempat dilarang prep, tempat yang aku mandi-solat-belajar-pmr-sma-spm telah membuatkan aku yang sekarang. Melahirkan aku yang sekarang. Mengenal norma batasan, mengenal pentarbiahan islamiah, mengenal apa itu ikhtilat, mengenal apa itu slogan 'Seniority is responsibility'. Di tempat inilah aku kenal apa itu erti ukhwah fillah abadan abada ila yaumil qiamah. Sebak tengok samsmel yang kecil ini, tapi bangga sebab dapat melahirkan produk yang berkualiti. Melahirkan mutu yang berupaya mencorak permulaan garisan buat figura pemuda pemudi islam masa depan. Oeh itu aku berazam,

Aku akan belajar bersungguh2 akan membangunkan sekolah aku sungai merab luar. Aku nak besarkan surau al-azhar samsmel. Aku nak besarkan asrama sungai merab luar. InsyaAllah-dengan izin Allah, marilah sama2 kita membangunkan tempat untuk ilmuwan islam berkembang. :D

Untuk sambbst pun tidak lupa, walaupun beberapa bulan,aku sayang di tempat ini. Medan dakwah tarbiah.Sama2 berjuang insyaAllah.


Comments

Popular posts from this blog

Feeling . 2012 ~