Pasti.

Salam,

Huhuu .. Nak berceloteh apa pulak kali ni eh .. Hmm , Petang nanti nak balik asrama dah.Nanti rindu pulak aku dengan blog ni, cewah pahal baru semalam update! haha. Suka tak dengan lagu baru aku ? hohiho. Boleh la kan, kalau tak suka boleh pause ye tuan-tuan sekalian.

Kali ni aku nak cakap pasal cinta. Haaa, geli tak geli tak ?? Mesti geli punyaa, even aku pun geli nak cakap pesal benda alah ni. Kalau kita tengoklah kan, norma masyarakat harini. Semua benda kalau boleh nak kaitkan dengan cinta. Filem ,Drama, Novel dan banyak lagi. Kaitkanlah sampai lebam. Aku, prinsip aku dulu , aku taknak bercinta sebelum aku ada duit, ada rumah, ada segala-galanya untuk bakal pasangan aku. Aku nak siapkan dulu semuanya tu. Aku nak pasangan aku bahagia ever after.(bapak geli doh)Biar dia duk rileks kat umah jaga anak-anak. Aku tak nak masa kahwin la duit tak cukup, baru nk cari kerja, baru nak cari rumah, itulah inilah, aku taknak camtu.

Tapi, semuanya lain, even budak junior kat sekolah aku pun dah pandai bercintan-cintun, belum lagi tengok yang siap panggil "Umi ,Abi" (yekk muntah hijau). Serius aku ckp, Ishhh.. Xkan tak boleh fikir, sebagai pelajar kerjanya pelajar. Tak perlu nak bercinta di masa muda. Tek perlu nak karang ayat2 jiwang berbunga-bunga bagai. Pastu ajak keluar gi mana2 belanja girlpren, ceh padahal ayah yg kasi duit tu, bukannya duit kau.

Walakin, aku pun terperangkap dalam cerita yang sama. Kata2 aku yang aku berpegang dulu aku tak endahkan sebab aku fikir nak main2, rupa2nya aku jatuh cinta betul2(alahai gelinyaa). I'm trying to get rid out of this, but even I'm running from this problem, it's even be more bigger than I expected. Tulah, sape suruh kau saje2, kan dah kena.Tapi aku sekarang biarkan masa jadi penyembuh bagi segala. Biarlah masa yang memadam kenangan. Dan kita kena sentiasa ingat Allah. He is the only one that we can complain our problem.

Kuasa cinta memang kuat, aku tak nafikan langsung cuma aku rasa cinta tu perlu untuk masa yang diperlukan untuknya, bukan bila kita ada komitmen sebagai pelajar,budak u dan anything when your condition : "Masih ditanggung oleh ibu-bapa". Sebelum tu,lupa pulak nak cakap, aku buat entri ni berdasarkan kefahaman aku tentang apa yang aku cakapkan eh, korang yang tengah baca ni jangan serang aku lak, cakap "Ko mana ada hak nak suroh aku tak bercinta !" . Ayoyo mannn . T__T

Jadi disini aku nak beri nasihat kepada anak-anak yang berada di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah (cam pengetua la pulak bagi ucapan). Kalau nak bercinta juga, bercintalah dulu dengan keluarga, sayangi mereka , ambil berat dan eratkan hubungan. Ini tidak , kalo bf tepon kemain lagi suaranya mendayu-dayu, mak tepon suara cam nak tak nak je keluar, apatah lagi cakap ngan ayah . kan ?Kalau gf tu, kemain lagi tanya "Dah makan ke belum ?Nak I belanja ?" . Kalau adik kat umah tu nak suapkan makanan, muka cam terpaksa aje, pastu kat belakang wat muka lak, kalo muka cantik oklah, ni tidak. Jangan marah ea. Huhu. Apa2pon ingatlah sebelum nak bercinta, cintailah Allah yang Maha Esa,Yang sentiasa menyayangi kita, sentiasa melindungi kita, sentiasa memberi rezeki kepada kita, sentiasa menerima taubat kita, yang sentiasaaa...(kalau nak tulis lagi ni cam tak cukup je space . hehe) . Moga Allah memberi kita pasangan suami@ isteri yang cukup menyayangi kita di kala kita hidup dan mati. Dan sentiasa mendoakan kebahagiaan dalam rumahtangga(amboi ayat aku cam org da kawin!). Bercinta selepas kahwin adalah kebahagiaan hakiki. Pasti.


Comments

Popular posts from this blog

Feeling . 2012 ~