May we meet again 5 Al- Khawarizmi
Masa awal2, over malas nak tulis pasal rancangan mengajar. Lepas mengajar kena tulis apa yang kita dah ajar, huuhhh time tu rasa cam aura kemalasan memang over menarik. Tapi aku gagahkan setiap hari tulis, buat cantik2, garis buat kotak2 bagai kan haha. Aku bangga la juga sebab ustazah yang da lama kat situ pun tak buat, dan ia juga melegakan sebab kehadiran ustaz yang baru ni dapat faham apa yang diorang da belajar melalui silibus yang telah aku tulis. Huuuhhh lega satu hal haha
Lepastu aku dah memang agak tertekan sebab taktau nak tarik perhatian mereka supaya fokus dalam kelas(sebab diorang fokus awal2, lepastu melalut ke mana tah, lagi2 Addin kuat betul berangan, belum lagi Nadhif yang tetiba je masuk bawah kerusi berhasrat nak tidur, kemudian si Shafiq yang suka kacau kawan2nya, perempuan seperti biasa, buat mesyuarat tingkap tetiba depan aku)
Lalu aku mengambil inisiatif menggunakan kuasa veto rotan untuk memberi mereka peringatan bahawa di masa belajar, no more talking2.haha .. but diorg takut sikit je . So memang kena handle cara yang matang since diorang pun darjah 5(though I know they aren't matured enough , cam dak tadika, loll)
Kadang2 aku datang naik basikal(sudah diceritakan dahulu, haha) , kadang2 dengan ayah.
Aku bersyukur sangat aku dapat mengajar diorang sebab aku pun banyak juga belajar daripada apa yang telah aku ngajar. Haha
Seperti tajwid, mad2 yang memang banyak yang aku lupa, dapat refresh balik Alhamdulillah. Mad wajib muttasil mad jaiz munfasil mad badal mad 'iwad mad 'arid lissukun mad lazim - kalimi n harfi n tobi'i harfi mad lin mad tamkin mad farq mad sillah n so on. Belajar tajwid fardu 'Ain(wajib) semua orang kena tahu. Bagus juga kan orang yang buat grup belajar tajwid kat whatsapp. Respect them.
Ekceli sume subjek aku ngajar, but kalau subjek khat memang aku surrender sebab tulisan jawi ni aku cipta sendiri. so kalau nak suruh khot nasakh ke khot ruq'ah ke jangan la tanyo ustaz ko ni. N memang kalo diorg suruh ajar aku kata " Ustaz nak ajar pun ustaz kurang sangat tahu tentang khot ni, maklumlah tak pernah masuk pertandingan kht and ambil serius " haha kalo syak bolehlah kot(sampai aku tepon syak nak suruh ajar bebudak tu but in the end tak dapat haha )
Tadi ada buat jamuan kecil2an sempena aku habis mengajar diorg, aku ingatkan harini aku nak jadi baik tau( siap cakap kat bebudak lagi" hari ni ustaz jadi baik ye tak pegang rotan , tapi kalau keadaan memaksa, siaplah sesiapa yg membawa nadi2 kamarahan ye anakku cemerlang-sempat puji anak murid lagi haha)
Aku suka puji budak kelas aku. Memang aku approach sorang2. Aku selalu cakap kat diorang " ustaz tak nak ajar separuh je faham separuh lagi terkebil2 tak faham, tak faham tanya terus(sambil berlegar2 dekat meja budak tu tanya soalan2 agak2 diorg tahu ke tak)"
But being a student memanglah, semua benda ko bebajet ingat but masa examination, terus semua benda tu keluar mencurah bak air. Lepastu cakap kat ustaz" ustaz saya lupa plak eheheh"
Maka aku pun jawab " awak kalo ustaz lambat waktu rehat kemain dah berbunyi2, tapi masa ujian eh lupelah apalah ada2 aje( sambil menggosokkan rotan di belakang badan mengugut nak rotan haha- padahal takpun)
But here I am.. Habis dah mengajar sampai bulan April ni. Aku selalu marah kat diri aku, anasss ikhlaskan niatko ni. Nak mengajar budak2 ni. Macam mana ko tak ikhlas nak ngajar n diorg membesar hasil ajaran dan didikan dari guru yang sebegitu?? So aku mula buang yg keruh ambil yang jernih. Diorg bagi kad kat aku tadi . Terharu pulak. haha. ada pelajar yang nangis plak taknak aku pergi haha sudehh .. tapi tadi memang aku pening.. kontrol budak darjah 1 n wat jamuan ngan darjah 5 . memang makan aku tak tenteram dengan diorg darjah 1 tu haha ... well . I love kids
Oh ya. Being a teacher or an ustaz makes me realized how hard it is my teacher had taught me to be what I am now back then. TQ FOR ALL MY TEACHER MAY ALLAH BLESS YOU
Comments