MAT ke-40
Mulakan dengan menceritakan rutin harian aku yang telah lama aku tinggalkan. Dan bersempena dengan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-40 Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir(BKASM) pada hari ini, for sure akan menjadi panjang lebar from my usual post. Subuh aku telah dikejutkan oleh abang paan(senior samsmel dulu same dorm) dan pada masa tu aku masih dikuasai nafsu untuk tidur maka aku berpura2 bangun dan menunggu abg paan keluar dari bilik, tapi abg paan dapat menghidu taktik aku. “ Eh, anas jangan tidur lagi" Seru abang paan bila tengok aku dah siap2 nak lentok balik kat bantal. Maka aku paksa diri untuk terus bergegas turun dari katil dan mencapai tuala dan mandi. Alhamdulillah segar dalam terketar2. Sejuk benor pagi tadi. Rasa cam dah masuk musim sejuk tapi still dalam fasa awal. Tak terasa sangat sebab tengahari dia still panas lagi. So kot2 la nak pakai sweater pagi2 masa pergi kelas tapi nanti berpeluh plak masa nak balik plak. Dahlah berhimpit nanti kat bas kan. Aku tering...