It's the end though it's a little bit sad
Assalamualaikum ..... huhuhuhu Akhirnya, masa aku mengajar sampai sudah ke penghujung nya .. takdelah penghujung sangat. Hari khamis minggu depan, aku dan pelajar2 kafa tu akan wat jamuan.. kemain meraikan perpisahan aku hahaha .. Harini xde suara as usual.. menghabiskan air liur demi menyuburkan minda2 anak muridku dengan ilmu2 agama huhu insyaAllah mereka membesar dengan didikan yg baik amin.. Aku sebenarnya gembira dan rasa cam nak cakap ' yes akhirnya habis pun ngajar!' tapi rasa bersalah cakap camtu , sebab bebudak ni cam sedih pulak bila aku abis ngajar. Diorg kata nak ikut aku ke mesir. Aku cakap, awak tunggulah ustaz kat sini membesar, tengok2 ustaz dah kahwin .. haha Malam tadi ngajar budak darjah 6 yang ambil psra. kemain sikit bilangannya .. tapi ok la semangatnya ada.. Dokumen2 kena siapkan dan aku yg kelam kelibut bertambah mutu serabutnya hahaha .. esok nak wat passport.. Aduhai takut sebenarnya nak belajar2 , lagi bahasa arab.. di atas kertas bolehla....