Posts

Showing posts from July, 2014

Sedar

Sedar aku sekejap cuma Kelak nanti seperti biasa Kekal hanyut di arus sama. Sedar aku sekejap cuma Tanpa tali aku manusia yang fitrah acap terlupa. Sedar aku sekejap cuma  Kumohon agar suluhi sentiasa Dari duri,kaca pidana. Sedar aku sekejap cuma Padamu Allah kupanjat doa SEDARKAN AKU KE AKHIR MASA.

3

Sudah lama aku sembunyi Kesepian di gua hati Harta yang dimiliki Tak bisa kuberi Lalu ku yakin sendiri Meluahnya sekadar mimpi Ditengah ramai aku berdiri Membuang sulaman seni Benarkan aku berilusi Menyaksi mata tangan dan kaki Melihat kau jalan dan pergi Aku masih disini kekal berdiri Diam, kaku dan sendiri 

Halimunan

Andai kau bisa mengerti Merdu laguku di taman hati Sekilas dilihat Tiadakan sunyi rentak yang sarat Berharap cuma, Sepi suasana tidaklah Sesepi rasa Sepi rasa tidaklah Sesepi makna Mimpi ku sulam, Meminggir wajahmu di kala malam Menyia bayangmu di waktu kelam Kuhembus bisikan Untuk kau hayati Terasa kalaku tiada Perih tikaku sedih Sulit masaku sakit Syair rasaku hentikanlah . . .  Aku halimunan bagimu.

Seni

Dikirai jangan seni sakti Kerana Mengalirnya tenang di lembah masa Mencari nada di sukma bisu Mengulit rasa di biduk jiwa Resaplah cinta mekar asmara Budaya mapan lahir darinya Ceruk puri bertaut kiambang Mengelus lembut sendalu merdu Bias lestari hingga ukhrawi.

Syafawi

Salam . Syafawi sudah habis. malam tu jgak aku balik rumah. Packing baju terus cau dari asrama. Kaki melarat kot. Syafawi oklah. Surah Saba' tak lepas T____T . Ustaz tu tanya ayat last2, aku tak hafal plak. Surah sajdah,faatir ngan luqman ok. Untuk mutala'ah , okla conversationnya. tapi aku rasa aku jawab cam budak darjah enam pulak. Lepastu mumtahin(pemeriksa/pengawas periksa) suruh aku citer huquqil jiran (hak2 jiran) . Aku pun mula lah merepek cakap kena ziarah, hantar makanan sekali sekala, bertegur sapa, senyum selalu. so simple laaa . Tak kisah la. Yang malunya bila dia tanya Kam 'Umruka(Berapa umur kamu?)aku tersilap cakap pulak, aku cakap 27. ustaz tu tergelak. Malu wooo Habis syafawi pergi ronda2 sekolah, balik kelas pastu diorg tanya macam mana syafawi(sebab aku giliran ke-2, so yg tak jwb lagi mesti bdebar) Lepastu gi bilik sakit sekolah minta plaster, abihtu tengok bilik prs ada yb, dia tengah wat teks pengerusi majlis untuk program petang tu, kpm datang berbuka

Seram

Loha .. Salam semua, harini tak sempat sahurr huuuu sedih oh. Hari isnin esok ada ujian Syafawi. Ujian lisan untuk Al-quran,Hadis, dan Mutala'ah. Untuk Al-quran, surah saba' n faatir sipi2 lagi nak habis. Hadis lagi satu nak hafal dari 12. Mutala'ah tu kena practice ckp bahasa arab. boleh la kot. kot. haha Dari hari jumaat kaki kiri ni sakit. Melecet . Masa kat sekolah tengok cam ok je, sekarang melarat pulak. Nak sujud masa solat pun susah sikit sebab nanti kt bahagian melecet tu berair dan sakit. Klah itu je, subuh2 elok menghafal !